4:13 AM


Bahaya
Berat Badan Berlebihan

Masalah berat badan boleh menjejaskan keyakinan diri dan daya tarikan kita.
"Masalah berat badan berlebihan atau obes (mempunyai BMI yang tinggi) meningkatkan risiko anda terhadap penyakit jantung koronari, strok, diabetes, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis kanser (terutamanya kanser hempedu, kanser ovari dan kanser payudara). Ia juga memburukkan masalah artritis dan pernafasan."
Sumber: Persatuan Pemakanan Malaysia 2000


Apakah Faktor Penyebab Kenaikan Berat Badan?

Selain dari nutrien, makanan juga membekalkan tenaga. Malangnya kebanyakan makanan kita pada hari ini banyak mengandungi lemak, kaborhidrat dan gula yang berkalori tinggi selain daripada bahan pengawet dan perasa. Kadar metabolisme iaitu kadar badan kita membakar kalori untuk menghasilkan tenaga menurun selepas kita menjangkau usia 30 tahun. Apabila pengambilan kalori melebihi pengambilan keperluan badan kita, ia akan disimpan sebagai lemak di dalam badan. Kebanyakan rakyat Malaysia akan mengambil 3200 kalori sehari. Purata kadar metabolisma bagi lelaki 2200 kalori sehari manakala wanita 1800 kalori sehari. Maknanya lelaki akan terlebih 1000 kalori sehari dan wanita terlebih 1400 kalori sehari. Bayangkan jika sebulan, ianya akan menjadi 30,000 kalori yang akan tersimpan menjadi lemak.



Apa Pula Yang Menyebabkan Kita Terlebih Makan?

Apabila badan kita kekurangan nutrien, kita akan terasa lapar dan sering mengidamkan makanan. Kita memerlukan nutrien yang lengkap bagi memenuhi keperluan badan kita. Setiap hari badan kita perlu dibekalkan dengan 46 jenis nutrien perlu iaitu;
-8 jenis asid amino utama (dari sumber protin)
-18 jenis vitamin
-20 jenis mineral (dalam bentuk organik)

Menurut pakar pemakanan, bagi memenuhi keperluan nutrien badan kita setiap hari, kita perlu mengambil sumber makanan dari 7 jenis sayur-sayuran yang terdiri daripada 7 jenis warna yang berlainan setiap hari. Jika kita makan kesemuanya, kalori yang kita ambil berjumlah 4000 kalori sehari. Pengumpulan toksin pula mempercepatkan lagi peningkatan berat badan dengan menggalakkan pengumpulan air di dalam badan. Akibatnya akan terjadilah bonjolan selulit yang kurang menarik. Sebenarnya amalan berdiet iaitu mengurangkan pengambilan makanan akan menyebabkan badan kita kekurangan nutrien yang diperlukan. Ianya akan memperlahankan lagi kadar metabolisme. Ini menyukarkan lagi pengurangan berat badan. Untuk melangsingkan badan dengan berkesan, kita perlu menangani kesemua faktor tersebut.



FAKTA
Fakta kegemukan orang Malaysia:
54% dewasa terlebih berat (62% wanita & 48% lelaki)
13.5% dewasa pengidap kencing manis
New Straits Times- 26 September 2006.

Malaysia merupakan negara teratas dalam jumlah peratusan bilangan penduduk yang obesiti berbanding negara maju seperti Belgium, Perancis, Turkey, Jerman, Korea Selatan dan Singapura.Malah Malaysia merupakan negara yang paling ramai orang gemuk di seluruh negara Asia.
* New Straits Times. 29 September 2006.

Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser. Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000. Kegemukan di kalangan kaum India sebanyak 25.6 peratus diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.

Renungkanlah...Bertindak Sekarang!!!
klik disini

Comments (0)